Anak aku yang first ni masa baby memang agak kuat juga tantrumnya. Tapi lepas belajar step-step untuk kurangkan tantrum baby. Dah kurang dah sampai la dia 3 tahun ni.
Sekarang mula datang balik tantrum dia ni. Sebab kami pakai cara sama nak handle dia masa baby dulu. Agaknya dah tak sesuai.
Sekarang mula datang balik tantrum dia ni. Sebab kami pakai cara sama nak handle dia masa baby dulu. Agaknya dah tak sesuai.
Masa baby dulu aku ada baca dekat mana tak berapa ingat tapi ada seorang ustaz yang share kat FB. Aku cuba memandangkan anak aku ni memang serupa gaya tantrumnya dengan anak ustaz tu. So, why not kita cuba, kan?
Bila anak aku tantrum, dia suka hentakkan kepala kat lantai. Kalau ada dinding, dindinglah jadi mangsa. Bukan dia mangsa dinding. Huhu.
Masa tu zero knowledge. Bila anak buat macam tu, kita cepat-cepat pergi dapatkan dia. Pujuk-pujuk sampai dia berhenti nangis. Kadang dekat 1 jam kita memujuk. Tiap-tiap kali macam tu. Rupa-rupanya anak ni dia belajar, bila dia tantrum dia dapat apa dia nak. Hmm.
![]() |
| Tak dibagi menangis. Dah bagi kita pulak sakit kepala. Huhu |
Zero Knowledge.
Masa tu zero knowledge. Bila anak buat macam tu, kita cepat-cepat pergi dapatkan dia. Pujuk-pujuk sampai dia berhenti nangis. Kadang dekat 1 jam kita memujuk. Tiap-tiap kali macam tu. Rupa-rupanya anak ni dia belajar, bila dia tantrum dia dapat apa dia nak. Hmm.
Pernah sekali dia nak main bedak (seingat aku la) tapi aku tak bagi. Time tu dia belum setahun lagi. Bila tak bagi, punyalah mengamuk sampai hentakkan kepala ke lantai. Menangis tersedu-sedu macam kena dera sebab dia dah sakit kepala. Hati mak mana tak sedih.
Lepas baca tips dari ustaz tu, baru aku sedar. Sebenarnya anak semakin hari semakin kuat tantrum disebabkan diri kita jugak. Kita yang salah. Melayankan tantrum dia.
Tips Kawal Tantrum Anak.
Saya tak pasti memang begitu atau tidak cara mengawal tantrum anak, tapi tips yang ustaz tu share memang menjadi kat anak aku.
1. Bila anak nak sesuatu tapi tak dapat. Contohnya nak main sesuatu yang bahaya. Cakap pada dia bahaya. Jangan bagi!
2. Bila dia mula tantrum, biarkan sehingga dia penat sedikit. Jangan layan. Layan sikit2 saja. Anggap benda dia buat tu biasa.
3. Kemudian, lepas kita rasa anak dah penat atau paling lama biar dalam 5 hingga 10 min. Baru kita angkat dan peluk anak. Cakap pada dia kita sayang dia. Tunjukkan pada dia mainan lain. Biar dia lupa apa yang dia nak tadi.
4. Baca selawat di ubun-ubun anak.
Antara Tips Lain.
Antara tips lain ustaz tu share. Bila anak buat salah contohnya conteng dinding. Jangan marah ya ibu ayah. Biarkan anak buat apa dia nak. Kalau anak tunjuk apa dia buat tu (conteng dinding), jangan puji jangan cakap apa-apa. Sebut ok je.
Bila anak buat kebaikan, contohnya tolong kemas mainan lepas bermain. Kita puji dia. Peluk dia. Cakap dia rajin. Mummy sayang anak mummy rajin tolong kemas mainan. Kata gitu.
Dengan cara ni, dia akan belajar. Bila buat benda tu (conteng dinding, tak kena puji. Tak best.). Bila kemas mainan lepas main, kena puji. Best. Jadi, dari situ dia akan tau mana yang boleh buat. Mana yang tak boleh.
Hadapi Dengan Tabah.
Nak hadapi tantarum anak ni memang kena tabah sikit hati tu. Sebabnya kadang-kadang kita yang tak boleh tahan sabar bila anak mula tantrum. Takut-takut tangan kita naik ke muka anak. Nauzubillahminzalik.
Apalah yang anak tu reti. Dia baru melihat dunia. Cakap pun belum pandai. Merengek sajalah yang dia tahu.
Orang yang kuat bukanlah orang yang angkat berat, tapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan sabarnya.
Apalah yang anak tu reti. Dia baru melihat dunia. Cakap pun belum pandai. Merengek sajalah yang dia tahu.
Jadi kita yang dewasa ini yang kena belajar. Cari ilmu, gali ilmu cara parenting knowledge ni. Jangan membabi buta mendidik, takut salah didik kita yang merana.
Ok, sampai sini sahaja. Jumpa lagi next entry. Semoga bermanfaat ya.

Comments
Post a Comment