Skip to main content

Tips Hilangkan Bau Badan Mudah & Cepat

Aku teringat kejadian masa pergi PBAKL awal bulan haritu. Mungkin peristiwa yang aku tak akan lupa buat seketika. Sebabnya, masa aku tengah berebut buku dalam lautan manusia kat satu booth ni, tiba-tiba hidung tertangkap bau hapak, tengik dan masyam. Nasib baik aku ni sopan sikit orangnya. Demi tak nak melukakan hati orang yang entah siapa, aku tak tutup hidung. Sekadar kerut-kerut sikit, tahan nafas pastu cuba berlalu dari situ. Baikkan aku? Haha.

Berpeluh ni memang lumrah weh, tapi bau badan ni bukan boleh pandang biasa-biasa. Lagi-lagi kalau kau tahu kau akan berada dalam lautan manusia macam kat PBAKL tu. Sepatutnya kita yang kena cakna dengan keadaan diri kita, terutama bau badan supaya kita tak menyebabkan orang lain kurang selesa berada disekeliling kita.




Di sini, aku share serba sedikit tips bagaimana kita nak hilangkan bau badan dengan benda basic yang kita boleh dapat dari dalam rumah kita saja. Jom baca.


1. Guna Pakaian Yang Bersih.
Bab ni ramai rasanya yang tahu, lepas mandi dah tentu kita akan pakai baju baru kan? Tapi ada jugak manusia dikalangan kita yang suka simpan baju. Simpan macam mana tu? Lepas pakai seketika, si polan ni akan gantung kat belakang pintu la, kat ampaian la dengan alasan baju tu baru pakai sekejap. Rasa rugi nak basuh. Tahukah korang? Walaupun baju yang korang pakai tu baru sekejap, korang tak tahu berapa banyak bakteria dah melekat masa korang sedang berpeluh terutamanya di bahagian ketiak. Sebab tulah, antara banyak-banyak tempat, ketiaklah yang akan berbau dahulu berbanding anggota badan lain, sebab disitulah tempat keluarnya banyak peluh dan berkumpulnya bakteria. Jadi, sila gunakan pakaian yang bersih jika tak nak membela bau badan dikemudian hari.

2. Guna Sabun Mandi Antibakteria.
Pernah tengok iklan Dettol atau seangkatan dengannya? 'Menghapus 99% bakteria'. Jangan tanya aku kenapa 99% je. Mana lagi 1%? Opcos la kena ada tanpa 1% tu. Kalau dia tulis dapat menghapus 100% bakteria, aku rasa dah tentu tiada lagi bau badan tengik yang kita akan bau terutama dipasar-pasar sebab semua orang pakai sabun antibakteria. Overclaim kot 100% tu. Fufu.

3. Gantikan Tuala Mandi Dengan Kerap.
Hari-hari kau mandi, siap dengan sabun antibakteria lagi. Tapi rugilah kalau tuala mandi kau 3 bulan sekali baru tukar. Bakteria dah terkumpul, entah-entah dah bercucu cicit cucut dah kat situ, kau bukan nampak pun. Tuala dah berbau hapak pun masih setia lagi pakai. Antara sebab kenapa bau badan kau tetap berbau walaupun dah macam-macam ubat kau guna, adalah sebab kau tak tukar tuala mandi. Bakteria-bakteria yang terkumpul dituala mandi, berpindah ke badan bila kau guna tuala sama setiap masa. Insaflah. Rajin-rajinlah tukar tuala mandi.


Adakah Cara Diatas Boleh Hilangkan Terus Bau Badan?
Nop!

Cara diatas adalah langkah-langkah pencegahan je. Untuk mengekalkan kebersihan tubuh badan, semuanya mestilah bermula dari asas. Apa yang aku share kat atas adalah langkah-langkah asas yang perlu dimulakan hanya dari rumah.

Selain daripada itu, badan kita juga sebenarnya menghasilkan bakteria asli terutamanya bila berpeluh. Bahagian pelipat contohnya leher, ketiak, belakang lutut dan beberapa bahagian lain adalah bahagian yang paling aktif sekali bakteria ni berkumpul. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bau badan korang lebih busuk daripada orang lain. Berikut adalah antara faktor mengapa badan korang berbau :

1. Makan berlebihan.
2. Obesiti.
3. Ada penyakit.
4. Jangkitan kulit.
5. Kuat merokok.
6. Tak mandi.

Petua Hilangkan Bau Badan & Ketiak
Badan berbau memang satu perkara yang memalukan tapi jangan risau sebab ada penawarnya. Daripada korang menangis tak berdendang dengan masalah bau badan korang yang tak pernah hilang tu, baiklah bertindak ikut petua-petua yang aku dah share ni.

1. Cuka Epal
Siapa kata cuka epal ni sesuai untuk kurus je. Cuka epal pon boleh jadi salah satu rawatan menghilangkan bau badan tau. Cara-caranya :

Korang cuma perlu tuangkan cuka epal ke dalam mangkuk. Celupkan kapas bersih ke dalam cuka epal tadi kemudian gosokkan ke bawah ketiak. Buat sebelum mandi. Biarkan dalam 5 min kemudian korang boleh bersihkan semasa mandi. Cara ini akan mengeluarkan sedikit bau masam tetapi sangat berkesan untuk menghilangkan bau badan.



2. Soda Bikarbonate
Selain digunakan untuk membuat kuih. Soda bikarbonate juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau ketiak, cara ini juga boleh memutihkan kulit disamping menghilangkan bau. Cara-caranya :

Sediakan beberapa hirisan lemon dan perah jusnya. Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sebatikan sehingga menjadi likat. Sapukan campuran lemon dan soda tadi pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

Kalau korang tak ada jus lemon, boleh je gantikan dengan tepung jagung. Paling cepat dan simple, campurkan je air pada soda tanpa lemon dan sapu selepas mandi. Biar seketika dan bilas.



3. Lemon
Hebat buah lemon ni kan? Ingatkan boleh buat kita kurus sahaja tapi boleh jugak digunakan untuk menghilangkan bau badan korang yang tengik tu. Ops. Bukan tu saja, sudahlah bagi hilang bau, siap pakej bagi putih lagi ketiak tu. Fuhh. Cara-caranya :

Sediakan beberapa hirisan lemon dan gosok lembut pada ketiak. Jangan kasar-kasar. Jus lemon ni tajam. Boleh luka kulit kalau tak kena dengan caranya. Kalau korang tak nak direct gosok dengan hirisan lemon, korang juga boleh perah dahulu kemudian gunakan kain bersih, celup jus lemon dan gosok dibahagian kulit. Cara ni korang boleh buat lepas mandi atau sebelum mandi. Bagi aku, better korang buat sebelum mandi. Biarkan seketika supaya lemon yang digosok tadi dapat bekerja dibawah pelipat kemudian baru korang bilas. Ok?



4. Air Mawar
Air mawar ni korang tak payah susah-susah pergi petik pulak bunganya. Marah mak korang nanti korang petik bunga mawar kesayangan dia kat laman tu. Kat kedai-kedai ada jual. Beli je sebotol buat stok kat rumah. Kot-kot anak atau adik korang susah nak bangun subuh, jiruskan sahaja air mawar itu dan Bacakan yasin di telinganya. Gerenti esok tak perlu tunggu orang lain kejut dia dah terpacak depan sejadah. Subuh yang 2 rakaat tu je pun siap setengah jam lagi. Hahaha. Cara-cara guna :

Hanya sapukan air mawar pada ketiak dan biarkan kering sendiri. Ulang rutin ini selepas mandi.



5. Tawas
Orang dulu-dulu paling suka guna tawas ni. Sebabnya tawas ni boleh hilangkan macam-macam bau. Hilangkah bau air perigi, hilangkan bau kaki, hilangkan daki dan semestinya bau badan.

Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk. Cara untuk menggunakannya adalah :

Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang dah tumpul.


Hilangkan Bau Badan Dengan Cara Mudah
Aku tahu korang sibuk. Lagi-lagi yang bekerja dibandar. Komitmen kerja yang terlalu tinggi di bandar memaksa kita mengurangkan aktiviti tak berfaedah demi menghargai masa yang ada untuk berehat. Ada diantara bahan-bahan diatas sukar nak dapat dikedai-kedai atau leceh untuk korang sediakan. Kalau ada benda yang dah siap untuk orang terus guna kan bagus. Eh, tentulah ada!



Natural Deodorant Magic Blue



Natural Deodorant Magic Blue merupakan deodorant sejenis cecair yang mudah dibawa kemana-mana sahaja korang berada. Saiznya yang kecil-kecil cili padi ni mampu merawat bau badan dan menghapuskan bakteria punca bau badan. Dengan sekali semburan mampu menghilangkan bau badan sehingga 48 jam. Berharga RM29 sem / RM36 ss dan percuma penghantaran ke seluruh Malaysia.




Paling best, bahan-bahan yang ada di dalam Natural Deodarant Magic Blue ni dah ada salah satu bahan-bahan yang aku share kat atas tadi. Mudah bukan? Siap dalam 1 botol, cuma spray je!






Testimoni





Selain boleh gunakan untuk menghilangkan bau badan, Natural Deodorant Magic Blue ini jugak boleh menghilangkan bau hapak kasut, almari baju, peti ais dan merawat beberapa masalah kulit disebabkan bakteria degil. Dengan sekali semburan mampu menghilangkan bau badan sehingga 3 hari dan campuran ekstrak air mawar di dalam Natural Deodorant Magic Blue ini menambahkan lagi kesan bau wangi di bawah pelipat korang. Merawat, memutih dan mewangi? 3 in 1!

Dah tahu macam mana nak rawat masalah bau badan korang? Nak pilih cara yang tradisional atau moden terpulang pada kemampuan masing-masing. Yang penting, korang rawatlah bau badan korang supaya badan lebih sihat kulit lebih cantik. Gittu.

Kalau korang berminat nak dapatkan Natural Deodorant Magic Blue. Tekan link berikut ok.

Comments

Popular posts from this blog

Tips hadapi Anak Tantrum

Anak aku yang first ni masa baby memang agak kuat juga tantrumnya. Tapi lepas belajar step-step untuk kurangkan tantrum baby. Dah kurang dah sampai la dia 3 tahun ni. Sekarang mula datang balik tantrum dia ni. Sebab kami pakai cara sama nak handle dia masa baby dulu. Agaknya dah tak sesuai.  Masa baby dulu aku ada baca dekat mana tak berapa ingat tapi ada seorang ustaz yang share kat FB. Aku cuba memandangkan anak aku ni memang serupa gaya tantrumnya dengan anak ustaz tu. So, why not kita cuba, kan? Bila anak aku tantrum, dia suka hentakkan kepala kat lantai. Kalau ada dinding, dindinglah jadi mangsa. Bukan dia mangsa dinding. Huhu. Tak dibagi menangis. Dah bagi kita pulak sakit kepala. Huhu Zero Knowledge. Masa tu zero knowledge. Bila anak buat macam tu, kita cepat-cepat pergi dapatkan dia. Pujuk-pujuk sampai dia berhenti nangis. Ka dang dekat 1 jam kita memujuk. Tiap-tiap kali macam tu. Rupa-rupanya anak ni dia belajar, bila dia tantrum dia dapat apa dia nak. Hm...

Panduan Buka Buku Merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam.

Ok, harini saya ke KKIA, Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur untuk buka buku merah. Buku ni adalah pendamping sepanjang masa ibu-ibu mendapatkan rawatan samaada di klinik kerajaan atau klinik swasta. Baik, disini sedikit panduan buat ibu-ibu yang pertama kali atau mungkin untuk yang ke beberapa kali mengandung untuk membuka buku merah ini. Biasalah, kadang-kadang walaupun dah buat banyak kali, mungkin ada juga yang kita terlupa bahagian tertentu. Almaklumlah, mak-mak banyak fikir. Hehe. Bagi membuka buku di KKIA Kg. Pandan Dalam, alamat mestilah disekitarnya. Atau ibu-ibu boleh call dulu jabatan kesihatan untuk sahkan klinik pemeriksaan mengikut alamat rumah masing-masing ya. Yang ni penting sebab klinik pemeriksaan adalah mengikut alamat rumah anda. Kalau tidak, anda mungkin jadi seperti saya yang tersalah klinik pada awalnya dan terpaksa pula ke klinik yang disebutkan. Dah jadi satu perjalanan yang menyusahkan, dengan membawa anak kecil pula. Seterusnya, bolehlah datang ke klinik dan terus...