Skip to main content

Panduan Buka Buku Merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam.

Ok, harini saya ke KKIA, Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur untuk buka buku merah. Buku ni adalah pendamping sepanjang masa ibu-ibu mendapatkan rawatan samaada di klinik kerajaan atau klinik swasta.

Baik, disini sedikit panduan buat ibu-ibu yang pertama kali atau mungkin untuk yang ke beberapa kali mengandung untuk membuka buku merah ini. Biasalah, kadang-kadang walaupun dah buat banyak kali, mungkin ada juga yang kita terlupa bahagian tertentu. Almaklumlah, mak-mak banyak fikir. Hehe.

Bagi membuka buku di KKIA Kg. Pandan Dalam, alamat mestilah disekitarnya. Atau ibu-ibu boleh call dulu jabatan kesihatan untuk sahkan klinik pemeriksaan mengikut alamat rumah masing-masing ya. Yang ni penting sebab klinik pemeriksaan adalah mengikut alamat rumah anda. Kalau tidak, anda mungkin jadi seperti saya yang tersalah klinik pada awalnya dan terpaksa pula ke klinik yang disebutkan. Dah jadi satu perjalanan yang menyusahkan, dengan membawa anak kecil pula.

Seterusnya, bolehlah datang ke klinik dan terus ke kaunter pendaftaran berdekatan pintu masuk.

Anda akan diberikan 2 buah buku merah dan 3 salinan kertas untuk diisi maklumat diri anda.

Pastikan anda tahu tarikh akhir haid anda supaya jururawat dapat sahkan berapa usia kanduangan dan tarikh bersalin anda.

Selesai menulis semua maklumat, anda boleh hantar semula buku ke kaunter untuk proses seterusnya.

Seterusnya, anda akan diarah ke Bilik 10 untuk menghantar buku merah tersebut. Sementara menunggu nama anda dipanggil untuk rawatan, anda boleh ke tandas berdekatan untuk menakung air urine dalam kuantiti sedikit ke dalam cawan yang dibekalkan dan hantar semula ke Bilik 10. Selepas jururawat mengambil test urine, anda bolehlah buang ke dalam tong disediakan di dalam tandas.

Kemudian anda bolehlah duduk dahulu dikerusi yang disediakan sehingga nama anda dipanggil untuk sedikit interview sejarah kesihatan dan juga pemeriksaan hiv test.

Selepas selesai, bawa buku ke Bilik 4 untuk rawatan seterusnya. Di sini anda akan mendapatkan rawatan pemeriksaan hb, payudara dan perut beserta nasihat kesihatan daripada jururawat. Anda juga akan dapat tarikh temujanji bulan seterusnya jika keputusan darah normal. Jika keputusan darah bawah paras normal 11, temujanji anda akan dipendek kepada 2 minggu seterusnya.

Selesai rawatan di Bilik 4,  bawa pula buku anda untuk berjumpa dengan doktor. Rawatan bersama doktor biasanya untuk rawatan pertama kali dan juga untuk scan bayi. Untuk rawatan biasa, anda mungkin tidak akan perlu untuk berjumpa doktor selalu. Cukup rawatan bersama jururawat sekiranya kesihatan anda baik.

Bawa buku anda ke dalam Bilik 7 iaitu bilik rawatan bersama doktor dan masukkan ke dalam kotak disediakan di sebelah pintu. Keluar semula sehingga nombor anda dipanggil ya. 

Selesailah keseluruhan rawatan awal untuk pembukaan buku. Habis sahaja rawatan dengan doktor, anda boleh serahkan buku merah simpanan klinik kepada Bilik 4 semula dan satu lagi buku merah anda simpan dan bawa pada hari rawatan yang lain.

Keseluruhan waktu yang mungkin diperlukan untuk proses pembukaan buku dan rawatan ini mungkin mengambil masa sehingga 4 jam. Jadi jika anda bekerja, ambillah cuti separuh hari atau datanglah pada hari anda bercuti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Untuk membuka buku, hanya pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Dari jam 8.00 pagi untuk rawatan pagi dan 2.30 petang untuk rawatan petang. Klinik tutup jam 5.00 petang ya. Pastikan anda datang awal untuk proses buka buku dan rawatan lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Segala perubahan rawatan adalah termaktup dibawah pengurusan klinik. Saya hanya berkongsi pengalaman sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Tips hadapi Anak Tantrum

Anak aku yang first ni masa baby memang agak kuat juga tantrumnya. Tapi lepas belajar step-step untuk kurangkan tantrum baby. Dah kurang dah sampai la dia 3 tahun ni. Sekarang mula datang balik tantrum dia ni. Sebab kami pakai cara sama nak handle dia masa baby dulu. Agaknya dah tak sesuai.  Masa baby dulu aku ada baca dekat mana tak berapa ingat tapi ada seorang ustaz yang share kat FB. Aku cuba memandangkan anak aku ni memang serupa gaya tantrumnya dengan anak ustaz tu. So, why not kita cuba, kan? Bila anak aku tantrum, dia suka hentakkan kepala kat lantai. Kalau ada dinding, dindinglah jadi mangsa. Bukan dia mangsa dinding. Huhu. Tak dibagi menangis. Dah bagi kita pulak sakit kepala. Huhu Zero Knowledge. Masa tu zero knowledge. Bila anak buat macam tu, kita cepat-cepat pergi dapatkan dia. Pujuk-pujuk sampai dia berhenti nangis. Ka dang dekat 1 jam kita memujuk. Tiap-tiap kali macam tu. Rupa-rupanya anak ni dia belajar, bila dia tantrum dia dapat apa dia nak. Hm...

Tips Hilangkan Bau Badan Mudah & Cepat

Aku teringat kejadian masa pergi PBAKL awal bulan haritu. Mungkin peristiwa yang aku tak akan lupa buat seketika. Sebabnya, masa aku tengah berebut buku dalam lautan manusia kat satu booth ni, tiba-tiba hidung tertangkap bau hapak, tengik dan masyam. Nasib baik aku ni sopan sikit orangnya. Demi tak nak melukakan hati orang yang entah siapa, aku tak tutup hidung. Sekadar kerut-kerut sikit, tahan nafas pastu cuba berlalu dari situ. Baikkan aku? Haha. Berpeluh ni memang lumrah weh, tapi bau badan ni bukan boleh pandang biasa-biasa. Lagi-lagi kalau kau tahu kau akan berada dalam lautan manusia macam kat PBAKL tu. Sepatutnya kita yang kena cakna dengan keadaan diri kita, terutama bau badan supaya kita tak menyebabkan orang lain kurang selesa berada disekeliling kita. Di sini, aku share serba sedikit tips bagaimana kita nak hilangkan bau badan dengan benda basic yang kita boleh dapat dari dalam rumah kita saja. Jom baca.