Skip to main content

SuatuHari : CUSTOMER DARI SYURGA

Malam tadi ingat nak tido awal. Pastu ada sorang dropship iols ni wasap tanya boleh ke customer dari Japan nak beli. Iols layankan jela soalan-soalan dropship iols sebagai orang tengah.

Jawab punya jawab. Last-last DS aku teruih cakap, "Kak dia confirm nak beli. Nak 6 helai Niqab Lace Bridal + 10 helai Niqab Half DD"

Aku layan jelakan. Semua orang boleh confirm nak order. Tapi selagi ko tak bayar, iols perhati je soalan-soalan tu. Ibarat soalan-soalan UPSR yang memerlukan jawapan subjektif. Jawab je, entah dapat 100 markah ke tidak. Redho jela kan. Ngeh3.

Sekali dia mintak diskaun daa. Aku pikir ni entah jadi ke tidak ni kalau aku tak bagi diskaun. Cakap dengan DS, "Akak lanje paypal caj kalau dia tambah lagi 2 helai Niqab Bridal tu." Saja kasi kecuts.

Sekali dapat balasan dari DS, "Kak, dia setuju!"

Hahahahaha. Meroyan kejap aku. Tapiii, terus kembali normal. Selagi tak bayoooo kau rileks duluu.

Bagi dia details lengkap nak bayar semua.

Tak lama lepas tu DS kata dia dah bayar. Aku cam eleh-eleh je bukak paypal akaun. Haha. Pastu rasa macam nak sujud syukur. Paham-pahamlah. Maksudnya, customer ini dari sorgaa.

Terus aku balas DS aku, "Raihan, customer macam ni. Sila pelok ketat-ketat haa." 😂



Jual Jenama Malaysia di Japan.

DS aku ni rajin plak korek cerita dengan customer Japan tu.

Katanya customer ni ada website yang jual barang-barang muslimah kat Japan. Siap bagi link website dia lagi.

Aku apa lagi, excited la bukak. Lepas bukak website tu, aku macam woww la. Sebab sepatah haram aku tak paham! Kah2 😂

Dalam website tu ada jual instant shawl dari jenama JS, dan beberapa niqab berwarna dari jenama terkenal di Malaysia. Ehem. Agak-agak sapa? Haa, dah tau diam-diam je. Ni cerita aku, ok? 😝

Macam peliklah, macam mana product-product jenama tempatan boleh ada dalam website orang jepon? DS haku punya ramah la apa lagi, dapat pulak dia korek yang customer ni dulu belajar kat Malaysia. Sebelum dia balik Jepon dia peluk Islam di sini. Ah, macam terharu sikit cerita dia. 🤭


Dah Jadi Mata Panda.

Semalam aku suruh anak aku tido awal pasal esok pagi nak bangun awal sebab nak join Perhimpunan Silat kat Padang MPAJ.

Last-last anak aku dah tido, tapi aku dah tak boleh nak tido. Pasalnya happy sangat dapat customer yang teruih bank in macam ni. Koh koh.

Mata panda aku pagi ni. 🐼


Inilah Niqab Lace Bridal Tu.

Niqab Lace Bridal ni haa yang customer Jepon tu nak. Actually Niqab ni minggu depan baru nak launching. Tapi takpela, dah orang nak. Aku pedulik hapa dengan tarikh launching tu. Keh keh.


Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka. Terima kasih Allah!

13 Oktober 2018
12:45am.

Comments

Popular posts from this blog

Tips hadapi Anak Tantrum

Anak aku yang first ni masa baby memang agak kuat juga tantrumnya. Tapi lepas belajar step-step untuk kurangkan tantrum baby. Dah kurang dah sampai la dia 3 tahun ni. Sekarang mula datang balik tantrum dia ni. Sebab kami pakai cara sama nak handle dia masa baby dulu. Agaknya dah tak sesuai.  Masa baby dulu aku ada baca dekat mana tak berapa ingat tapi ada seorang ustaz yang share kat FB. Aku cuba memandangkan anak aku ni memang serupa gaya tantrumnya dengan anak ustaz tu. So, why not kita cuba, kan? Bila anak aku tantrum, dia suka hentakkan kepala kat lantai. Kalau ada dinding, dindinglah jadi mangsa. Bukan dia mangsa dinding. Huhu. Tak dibagi menangis. Dah bagi kita pulak sakit kepala. Huhu Zero Knowledge. Masa tu zero knowledge. Bila anak buat macam tu, kita cepat-cepat pergi dapatkan dia. Pujuk-pujuk sampai dia berhenti nangis. Ka dang dekat 1 jam kita memujuk. Tiap-tiap kali macam tu. Rupa-rupanya anak ni dia belajar, bila dia tantrum dia dapat apa dia nak. Hm...

Panduan Buka Buku Merah di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam.

Ok, harini saya ke KKIA, Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur untuk buka buku merah. Buku ni adalah pendamping sepanjang masa ibu-ibu mendapatkan rawatan samaada di klinik kerajaan atau klinik swasta. Baik, disini sedikit panduan buat ibu-ibu yang pertama kali atau mungkin untuk yang ke beberapa kali mengandung untuk membuka buku merah ini. Biasalah, kadang-kadang walaupun dah buat banyak kali, mungkin ada juga yang kita terlupa bahagian tertentu. Almaklumlah, mak-mak banyak fikir. Hehe. Bagi membuka buku di KKIA Kg. Pandan Dalam, alamat mestilah disekitarnya. Atau ibu-ibu boleh call dulu jabatan kesihatan untuk sahkan klinik pemeriksaan mengikut alamat rumah masing-masing ya. Yang ni penting sebab klinik pemeriksaan adalah mengikut alamat rumah anda. Kalau tidak, anda mungkin jadi seperti saya yang tersalah klinik pada awalnya dan terpaksa pula ke klinik yang disebutkan. Dah jadi satu perjalanan yang menyusahkan, dengan membawa anak kecil pula. Seterusnya, bolehlah datang ke klinik dan terus...

Tips Hilangkan Bau Badan Mudah & Cepat

Aku teringat kejadian masa pergi PBAKL awal bulan haritu. Mungkin peristiwa yang aku tak akan lupa buat seketika. Sebabnya, masa aku tengah berebut buku dalam lautan manusia kat satu booth ni, tiba-tiba hidung tertangkap bau hapak, tengik dan masyam. Nasib baik aku ni sopan sikit orangnya. Demi tak nak melukakan hati orang yang entah siapa, aku tak tutup hidung. Sekadar kerut-kerut sikit, tahan nafas pastu cuba berlalu dari situ. Baikkan aku? Haha. Berpeluh ni memang lumrah weh, tapi bau badan ni bukan boleh pandang biasa-biasa. Lagi-lagi kalau kau tahu kau akan berada dalam lautan manusia macam kat PBAKL tu. Sepatutnya kita yang kena cakna dengan keadaan diri kita, terutama bau badan supaya kita tak menyebabkan orang lain kurang selesa berada disekeliling kita. Di sini, aku share serba sedikit tips bagaimana kita nak hilangkan bau badan dengan benda basic yang kita boleh dapat dari dalam rumah kita saja. Jom baca.